Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Bungkusan Kerepek Kentang Besar Tapi Isi Dalam Sikit? Jom lihat 5 Perkara Menarik Mengenai Kerepek Kentang

Sebut saja tentang kerepek kentang, mungkin sekarang ada diantara korang yang mula terasa lapar untuk menikmati kerangupannya. Ada yang masin, ada yang pedas, ada yang berperisa keju dan bermacam-macam lagi perasa ditawarkan dipasaran.
Kerepek kentang atau sesetengah orang gemar memanggilnya potato chips ni boleh dianggap makanan wajib masa nak tengok TV dirumah, nak tengok perlawanan bola sepak, atau berkelah ditepi air terjun. Pehh, syahdu sungguh bila dengar bunyi krup krap krup krap diiringi perisa yang enak meresap ke lidah.
Selain tahu makan, adakah korang tahu sedikit perkara menarik mengenai kerepek kentang ni? Kalau nak tahu, jom kita lihat 5 perkara menarik tentang kerepek kentang.
1. Kerepek kentang dikatakan tercipta pada 1853
google image 

George Crum
Cerita bermula apabila chef di Restoran Moon Lake House dipekan Saratoga bengang kentang gorengnya dikatakan terlalu tebal, basah dan tidak cukup masin.
Pada satu ketika, chef tersebut iaitu George Crum, sengaja memotongnya secara nipis, dan menjemurnya sehingga kering serta masin. Ia kemudiannya dihidangkan kepada Vanderbilt, seorang pelanggan restoran, dengan harapan beliau akan marah.
Tetapi perkara tidak diduga berlaku, Vanderbilt suka dengan hidangan tersebut dan sejak itu ia dikenali sebagai “Saratoga Chips”.
google image

2. Kenapa bungkusan kerepek kentang tidak penuh?
google image
Setiap kali beli kerepek kentang, pasti ada dalam kalangan rakan-rakan yang menyebut, “Ni beli potato chip ke beli angin?”. Sabar, ada sebab pengeluar buat begitu.
Kaedah ni dipanggil Slack Fill dimana bungkusan kerepek kentang dipam dengan angin bertujuan mengelakkan kerepek kentang pecah. Korang pasti mahu menikmati kerepek kentang dan bukannya serbuk kentang bukan?


3. Kajian mendapati bunyi rangup ketika kerepek kentang dikunyah membuatkan si pemakan berasa puas hati
google image
Seorang professor dari Universiti of South Florida, William E. Lee, telah melakukan kaji selidik selama beberapa tahun tentang bunyi rangup kerepek ketika dikunyah. Kajiannya yang ditulis dalam laporan “Analysis of Food Crushing Sounds During Mastication”, menyatakan pemakan kerepek kentang akan mengunyah lebih kuat kerana bunyi yang terhasil itu memuaskan hati mereka.
Lee turut menyatakan, jika pemakan kerepek kentang itu memakai headphone (tidak dengar bunyi kunyahan yang rangup), mereka akan lebih cepat bosan dengan snek yang dinikmati.
4. Bungkusan kerepek kentang terbesar di dunia sebesar sebuah kereta

google image

Pada tanggal, 13 September 2013, Corker Crips telah mencatat rekod dunia bagi bungkusan kerepek kentang dengan berat lebih kurang 1141 Kg. Menyamai berat sebuah kereta!Dipenuhi dengan kerepek kentang, bungkusan itu berukuran 7.6m x 3.8m. Rekod ini berjaya tercatat dalam Guninness World Record.





sumber dari : https://siakapkeli.my/2018/09/20/5-perkara-menarik-tentang-kerepek-kentang-yang-perlu-korang-tahu/

Yorum Gönder

0 Yorumlar